Saturday, 11 October 2008

THE SELF-FULFILLING PROPHECY

The Self-fulfilling prophecy berlaku apabila ind itu membuat satu tanggapan atau kepercayaan yang menjadi benar kerana ind itu membuat tanggapan tersebut dan bertindak mengikut apa yang dipercayainya seperti tanggapan itu betul baginya.

Terdapat 4 langkah dalam the self-fulfilling prophecy:

1.Anda membuat satu tanggapan mengenai seseorang ind. atau situasi. Contohnya, Azila membuat satu tanggapan bahawa Diana tidak menyukainya.

2.Anda akan bertindak terhadap ind. atau situasi tersebut seperti tanggapan tersebut adalah betul. Azila meletakkan jurang di antara dirinya dengan Diana ketika mereka bersama.

3.Oleh sebab anda bertindak seperti kepercayaan tersebut adalah benar, maka ianya akan menjadi benar. Diana menjadi kekok, dan segan untuk bercakap dengan berinteraksi dengan Azila, menjauhkan dirinya dari Azila.

4.Anda melihat kesan terhadap individu tersebut atau situasi tersebut, dan apa yang anda lihat mengukuhkan lagi kepercayaan anda. Azila melihat Diana cuba menjauhkan dirinya daripadanya dan meningkatkan kepercayaannya bahawa Diana tidak menyukainya.

Sekiranya anda menjangkakan seseorang itu bertingkah laku atau membuat tanggapan mengenai ciri-ciri sesebuah situasi, selalunya tanggapan tersebut akan menjadi benar kerana the self-fulfilling prophecy ini. Ini boleh dilihat dari pelbagai aspek :

◦Kepimpinan (leadership)
◦Athletic coaching
◦Latihan ketenteraan (Military training)
◦Perniagaan (business)
◦Effective stepfamilies

The self-fulfilling ini penting dalam segala bentuk komunikasi.

Halangan dengan self-fulfilling prophecy

The self-fulfilling prophecy boleh mewujudkan 2 kemungkinan halangan terhadap tanggapan yang betul:

1.Kecenderungan anda untuk mencapai tanggapan anda boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain supaya ianya mengesahkan tanggapan anda.

2. The self-fulfilling prophecy ini juga mengubah tanggapan anda dengan mempengaruhi anda untuk melihat apa yang anda jangka daripada melihat apa yang sebenarnya.

PERCEPTUAL ACCENTUATION

Persepsi yang akan membawa anda melihat apa yang anda jangkakan atau apa yang anda hendak lihat.
Contoh: kita akan melihat seseorang yang kita suka sebagai seorang yang ‘smart’ berbanding dengan orang yang kita tidak suka.

Anda akan menegaskan apa yang akan memuaskan keperluan dan kehendak anda.
Contoh: orang yang dahaga bayangkan air. Orang yang tidak puas seks bayangkan kepuasan seks.

Halangan dengan perceptual accentuation

1.Kecenderungan anda untuk melihat apa yang anda mahu@perlu boleh membuatkan anda memutarbelitkan persepsi anda yang sebenar.

Pada masa yang sama, ia akan meyebabkan anda gagal melihat apa yang anda tidak mahu lihat.
Contoh: orang selalu fikir jurujual itu mesra, sopan, dan lembut tetapi tidak fikir bahawa itu adalah strategi memikat pelanggan.

2.Accentuation boleh mempengaruhi anda untuk menapis keluar atau memutarbelitkan maklumat yang mana akan merosakkan@mengancam imej sendiri.
Contoh: kritikan terhadap tulisan atau percakapan anda boleh menyukarkan self-improvement dalam diri anda.

3.Accentuation juga boleh mempengaruhi anda untuk melihat dan mengingati kualiti yang +ve lebih banyak daripada kualiti yang –ve dan seterusnya boleh merosakkan pandangan anda terhadap orang lain.

Salah tanggapan yang disebabkan oleh accentuation adalah sesuatu yang kerap berlaku dalam komunikasi melalui internet.
Contoh: apabila masuk ke dalam ‘chat room’, anda akan berharap bertemu seseorang.

Disebabkan anda sangat teringin bertemu dengan ‘si dia’, anda telah dikaburkan dengan personaliti menarik tentang ‘si dia’ dan sudah tentu akan memenuhi kriteria yang kamu harapkan. Semakin tinggi harapan kamu, semakin banyak kamu akan dikaburkan.

Disebabkan oleh perceptual accentuation ini, anda mungkin akan membuat tanggapan yang lebih daripada yang sepatutnya. Ataupun anda mungkin melihat orang yang berminat terhadap kamu mempunyai lebih kualiti positif berbanding kualiti negatif.

Rumusan

Persepsi anda terhadap sesuatu perkara itu akan mempengaruhi pemikiran tingkahlaku anda.
Sekiranya anda membuat persepsi negatif, maka ia akan mewujudkan tingkah laku negatif dalam diri anda. Begitu juga sebaliknya.





No comments: