1. PENGENALAN
1.1 INDIVIDUALISM
Individualism adalah satu pegangan, pandangan politik, atau pandangan sosial yang menekankan kepada autonomi dan ketidakbergantungan. Individualist menitikberatkan matlamat dan keinginan seseorang individu, pada masa yang sama menolak gangguan terhadap pilihan individu tersebut, samaada gangguan daripada masyarakat, kerajaan atau kumpulan atau institusi yang lain. Individualism bertentangan dengan collectivism yang menekankan komuniti, kumpulan, masyarakat atau matlamat nasional perlu dititikberatkan daripada matlamat individu. Individualism juga bertentangan daripada tradisi, keagamaan, atau sebarang bentuk standard moral yang digunakan untuk menghadkan pilihan individu.
Individualism mempunyai hubungan kontroversial dengan egoism (pentingkan diri sendiri). Walaupuan kebanyakan individualist adalah egois, mereka selalunya tidak membantah mengatakan sifat pentingkan diri sendiri adalah baik. Malah, ada yang bertegas mengatakan bahawa individu tidak bertanggungjawab terhadap moral masyarakat dan individu sepatutnya bebas untuk memilih samaada untuk bersifat pentingkan diri sendiri (atau untuk memilih gaya hidup yang lain) yang mereka mahukan. Tetapi yang lain, seperti Ayn Rand, mempunyai pendapat yang bertentangan dengan moral relativism dan berpendapat bahawa sifat pentingkan diri sendiri itu adalah satu asset (virtue). Manakala pendapat orang lain pula masih bertentangan dengan kedua-dua moral relativism dan egoism.
Konsep individualism pertama kali digunakan oleh sosialis Saint-Simonian daripada Perancis yang menerangkan apa yang mereka percaya menjadi punca kepada perpecahan kepada masyarakat Perancis setelah Revolusi 1789. Istilah ini walau bagaimanapun sudah digunakan (dengan cara yang tidak baik) oleh pemikir di French Theocratic School, seperti Joseph de Maistre, dalam perjuangan menentang liberalisme politik. Golongan Saint-Simonians ini tidak melihat liberalisme politik sebagai satu masalah, tetapi melihat individualism dalam bentuk egoism atau anarki, eksploitasi manusia terhadap manusia dalam industri moden ini. Ketika anti-individualis yang konservatif ditentang oleh egalitarianisme politik yang dibawa masuk oleh Revolusi, golongan Saint-Simonians mengkritik liberalisme ekonomi (laissez-faire), atas kegagalan untuk bertahan dengan peningkatan ketidaksaksamaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Socialism, satu perkataan yang diperkenalkan oleh golongan Saint-Simonians adalah bertujuan untuk membawa nilai “keharmonian sosial”.
Dalam Bahasa Inggeris, perkataan individualism pertama kali diperkenalkan sebagai perkara yang negatif (pejorative) oleh golongan Owenites pada tahun 1830an, walaupun masih tidak jelas, sekiranya mereka dipengaruhi oleh Saint-Simonianism ataupun tidak. Penggunaan yang lebih positif di Britain terhadap istilah ini telah digunakan oleh James Elishama Smith, seorang millenarian dan juga seorang penganut Kristian daripada Israel. Walaupun pada pada awalnya beliau adalah seorang sosialis Owenites, akhirnya beliau menolak idea collective terhadap harta, dan menemui dalam individualism satu universalism yang memberi ruang kepada pembangunan terhadap “bijak pandai yang tulen” (original genius). Tanpa individualism, Smith bersetuju mengatakan bahawa, individu tidak boleh mengumpul harta untuk meningkatkan kebahagiaan seseorang. William Maccall, pengamal unitarian yang lain, dan barangkali, kenalan Smith, muncul kemudian, walaupun dipengaruhi oleh John Stuart Mill, Thomas Carlyle dan Romanticisme Jerman, telah mencapai kesimpulan yang sama dalam karyanya pada tahun 1847, iaitu “Elements of Individualism”.
1.2 BUDAYA
Budaya merujuk kepada cara hidup sekelompok manusia merangkumi nilai, kepercayaan, artifak dan cara berkomunikasi. Dalam bidang antropologi pula mendefinisikan budaya sebagai:
i. Cara hidup satu-satu kelompok manusia
ii. Apa yang perlu diketahui oleh individu untuk hidup dalam satu-satu
masyarakat
iii. Apa yang boleh dipelajari oleh individu dan diperturunkan kepada generasi
iii. Apa yang boleh dipelajari oleh individu dan diperturunkan kepada generasi
seterusnya dalam masyarakat itu.
Sementara perspektif sosiologi melihat budaya sebagai merangkumi ketiga-tiga aspek berikut iaitu:
i. Idea, pengetahuan dan resipi untuk melakukan sesuatu
ii. Peralatan yang dicipta oleh manusia
iii. Kesan atau apa yang terhasil dari tindakan sosial yang boleh digunakan terus untuk aktiviti sosial.
Ringkasnya budaya adalah cara hidup yang diamal oleh individu atau sekelompok individu (masyarakat). Ia merangkumi pelbagai peralatan yang dicipta dan diguna, cara berfikir,serta kepercayaan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budaya tidak hanya merujuk kepada warisan etnik atau bangsa, tetapi ia juga ditentukan oleh umur, jantina, gaya hidup dan status ekonomi (Corey, 1991).
2. FAKTOR-FAKTOR SESEORANG ITU MENGAMALKAN BUDAYA INDIVIDUALISTIK
2.1 MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI
Sementara perspektif sosiologi melihat budaya sebagai merangkumi ketiga-tiga aspek berikut iaitu:
i. Idea, pengetahuan dan resipi untuk melakukan sesuatu
ii. Peralatan yang dicipta oleh manusia
iii. Kesan atau apa yang terhasil dari tindakan sosial yang boleh digunakan terus untuk aktiviti sosial.
Ringkasnya budaya adalah cara hidup yang diamal oleh individu atau sekelompok individu (masyarakat). Ia merangkumi pelbagai peralatan yang dicipta dan diguna, cara berfikir,serta kepercayaan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budaya tidak hanya merujuk kepada warisan etnik atau bangsa, tetapi ia juga ditentukan oleh umur, jantina, gaya hidup dan status ekonomi (Corey, 1991).
2. FAKTOR-FAKTOR SESEORANG ITU MENGAMALKAN BUDAYA INDIVIDUALISTIK
2.1 MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI
Setiap individu berkecenderungan untuk menjaga kepentingannya sendiri dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Apabila individu tersebut dilihat sebagai menjaga kepentingan peribadi, mereka secara automatiknya akan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan budaya individualistik. Sebagai seorang pelajar misalnya, mereka kebanyakannya mengamalkan budaya individualistik ini kerana persaingan dalam melakukan sesuatu kerja atau dalam pelajaran. Contoh lain yang dapat diperhatikan berkenaan budaya individualistik dalam budaya pelajar seperti di universiti ialah berkaitan nota-nota kuliah. Kadang-kadang mereka yang mendapat sebarang nota daripada senior-senior tentang kursus yang diambil tidak begitu mudah untuk memberikannya kepada rakan sekelas yang lain. Mereka lebih suka menyimpannya daripada berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain. Kemungkinan mereka berfikir sekiranya mereka berkongsi ilmu tersebut, mereka tidak akan dapat menguasai kursus itu dan menjadi terbaik di dalam kelasnya.
2.2 KURANG KEPERCAYAAN TERHADAP ORANG LAIN
Ada sesetengah individu suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain. Mereka kurang percaya dengan kebolehan dan kemampuan orang-orang di sekeliling mereka. Jika dilihat dalam konteks budaya pelajar di institut pengajian tinggi, biasanya pelajar-pelajar ini akan diberikan tugasan dalam bentuk kumpulan. Bagi pelajar yang mengamalkan budaya individualistik ini, mereka mungkin agak sukar untuk terlibat dengan kerja-kerja berkumpulan tambahan pula jika mereka kurang percaya terhadap kemampuan ahli kumpulan yang lain. Sekiranya hal ini berlaku, mereka berkecenderungan untuk melakukan semua kerja seorang diri bermula dengan mencari bahan sehinggalah kerja-kerja akhir dalam tugasan tersebut.
2.3 IBU BAPA
Ibu bapa merupakan faktor utama yang mencorakkan anak-anak ke arah membentuk tingkah laku dan sebagainya. Ini kerana ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak, di mana ibu bapa merupakan pemimpin di dalam sesebuah keluarga. Mereka yang mencorakkan dan membentuk keluarga mengikut kemahuan dan kehendak mereka sendiri. Apa sahaja yang diajar oleh ibubapa terhadap anak-anak sejak dari mereka kecil lagi akan sentiasa diingati dan diikuti oleh anak-anak sehinggalah dewasa. Hal ini kerana, kebiasaannya anak-anak akan mudah terdidik dan mudah untuk memahami sesuatu yang baru ketika masih kecil kerana pada usia ini minda kanak-kanak masih tinggi daya ingatan mereka. Contohnya, golongan pelajar yang datang daripada keluarga yang berada dan mengamalkan budaya individualistik, apabila mereka berada di sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya, mereka biasanya akan turut akan mengamalkan budaya ini dalam setiap perkara kerana sudah terbiasa dengan sikap tersebut.
2.4 PERSEKITARAN
Persekitaran sangat mendorong untuk individu bertingkahlaku sebagai seorang yang individualistik ini. Sekiranya kita berada dalam situasi pembelajaran yang memerlukan kita untuk sentiasa bersikap individualistik, maka kita akan mudah terpengaruh dengan keadaan tersebut. Contohnya, pelajar di universiti. Apabila berada di universiti, pelajar-pelajar ini akan terbiasa dengan cara hidup berdikari. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila setiap pelajar yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya, mereka perlu berusaha lebih dalam merealisasikan impian tersebut berbanding dengan orang lain. Maka, dalam keadaan tersebut, mereka terpaksa lebih menjaga keperluan dirinya untuk mendapat apa yang mereka inginkan kerana jika ingin mengambil kira tentang orang lain, ia akan lebih menyusahkan dan meningkatkan tahap kebergantungan sama ada diri mereka kepada orang lain atau sebaliknya. Begitu juga jika mereka berkawan dengan rakan-rakan yang mengamalkan budaya tersebut. Mereka akan terdorong untuk turut sama mengamalkan budaya individualistik ini.
3. KESAN INDIVIDUALISTIK DALAM BUDAYA PELAJAR
Mantan menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein ada menyatakan bahawa "Dalam sistem pendidikan yang ingin kita bangunkan nanti, kita mahu melahirkan generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak terlalu bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memainkan peranan di dalam masyarakat. ". Hal ini jelas menunjukkan sikap individualistik yang melampau tidak wajar diamalkan kerana ia mempunyai implikasi yang pelbagai dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun terdapat kesan positif dan negatif yang wujud jika seseorang itu mengamalkan budaya individualistik. Antara kesan-kesan tersebut ialah:
3.1 BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
Individu yang mengamalkan budaya individualistik selalunya akan memiliki sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap diri sendiri, terhadap apa yang dilakukan, baik atau buruk. Mereka tidak suka menyusahkan orang lain. Segala kerja akan diselesaikan sendiri tanpa bantuan. Hal ini akan menyebabkan semua kerja akan berjalan lancar dan dapat selesai dengan cepat. Jadi individu yang bersikap seperti ini selalunya tidak gemar menangguhkan kerja yang ada. Ada kajian yang mengatakan individu yang bersikap seperti ini akan selalu berusaha untuk memenuhi kehendak dan impian mereka. Mereka akan lebih cemerlang berbanding individu lain. Hal ini adalah kerana mereka cenderung akan melakukan apa yang dirasakan perlu untuk dirinya tanpa membiarkan kritikan orang melemahkan dirinya. Individu tersebut akan bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya, dan mahu lebih cemerlang daripada orang lain.
3.2 TIDAK BERGANTUNG DENGAN ORANG LAIN
Selain itu individu yang mengamalkan budaya individualistik ini akan menyebabkan seseorang itu tidak akan memiliki sikap bergantung dengan orang lain. Memang tidak dapat dinafikan individu ini selalunya akan melakukan kerja mereka sendirian tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah, individu yang bersikap individualistik ini akan mencari semua maklumat sendirian, menyelesaikannya tanpa meminta rujukan daripada orang lain dan tidak akan berkongsi maklumat yang didapati dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, individu ini akan menghantar tugasan sendiri tanpa mengharapkan rakan-rakan. Pendek kata semua kerja akan dilaksanakan tanpa bantuan orang lain. Jadi, secara umumnya individu seperti ini akan cepat belajar dan memiliki daya saing yang tinggi. Mereka sanggup menerima risiko akibat daripada kerja yang dilakukan. Mereka ini akan lebih cemerlang dan hadapan berbanding rakan-rakan yang lain. Jadi, sikap seperti ini juga dapat melahirkan individu yang berwawasan tinggi dan mampu menghadapi cabaran yang mendatang.
3.3 TIDAK BERMASYARAKAT
Kesan negatif yang dapat dilihat adalah kurangnya pergaulan antara individu yang individualistik ini dengan masyarakat. Hal ini adalah kerana individu itu sendiri yang menolak kehadiran masyarakat. Mereka selalunya beranggapan bahawa mereka mampu melakukan kerja atau tugasan tanpa bantuan orang sekeliling. Mereka mungkin juga menganggap bahawa masyarakat hanya akan mengganggu dan menjadi penghalang atau penyebab kepada kelancaran kerja mereka. Oleh itu masyarakat juga akan kurang memberikan perhatian kepada golongan ini. Mereka selalunya akan meminggirkan golongan ini dan berpendapat yang khidmat dan pertolongan mereka tidak akan diperlukan. Jadi secara tidak langsung akan wujud satu jurang yang dicipta oleh kedua-dua belah pihak.
3.4 MEMENTINGKAN KEBENDAAN
Umum mengetahui bahawa sikap individualistik berkait rapat dengan dengan sikap materialistik iaitu bersikap kebendaan. Jadi secara tidak langsung individu seperti ini cenderung untuk mementingkan kebendaan. Sebagai contoh, jika individu ini menghadiri seminar atau sabagainya mereka pastinya mahukan tempat tinggal yang kondusif serta makanan dan layanan yang kelas pertama. Mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang kurang selesa. Kebanyakkan individu seperti ini terlahir daripada golongan yang berada. Hal ini adalah kerana selalunya sikap begitu telah diterapkan sejak mereka kecil. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui pembacaan di akhbar, majalah, dokumentari, kisah benar atau drama yang ditayangkan di media massa serta elektronik. Selain itu melalui penceritaan mulut ke mulut oleh masyarakat sekitar ataupun pengalaman yang kita sendiri laluinya. Oleh itu, tidak hairanlah jika individu tersebut bersikap pentingkan diri sendiri kerana meraka memang mampu untuk meminta apa sahaja yang diinginkan tanpa menyusahkan orang lain.
3.5 MEWUJUDKAN KONFLIK DALAM PERSAHABATAN
Selain itu, kesan negatif orang yang mengamalkan budaya individualistik ini ialah seseorang itu tidak ramai sahabat. Hal ini adalah kerana sikap seperti ini akan menyebabkan semua orang takut untuk menghulurkan salam persahabatan. Disamping itu juga orang lain akan merasa tidak selesa dan kekok untuk berinteraksi dengan individu ini. Selalunya mereka jarang untuk mendengar pendapat dan arahan daripada orang lain. Mereka akan merasakan hanya pandangan dan cara mereka sahaja betul. Jadi, hal ini akan menyebabkan timbulnya konflik dalam persahabatan. Rakan-rakan akan menjauhkan diri daripada individu ini hasilnya mereka tiada kawan. Namun individu seperti ini tidak akan mengambil kisah samada punyai kawan ataupun tidak. Mereka ini jenis individu yang boleh hidup dengan baik walaupun tiada sokongan dan dorongan daripada orang-orang yang signifikan dengan dirinya.
4. CADANGAN
4.1 KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakkan berlakunya sikap individualistik dalam budaya pelajar. Antara aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan disesebuah institusi pendidikan seperti institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta ialah sukan-sukan yang diwajibkan disesebuah institusi pengajian semasa awal semesta tahun satu pengajian wajar diteruskan. Antaranya kelab-kelab, persatuan, badan-badan beruniform, sukan-sukan dan lain-lain lagi. Justeru, apabila semua pelajar diwajibkan menyertai aktiviti ini mereka secara tidak langsung akan bergaul dengan semua orang. Contoh yang paling jelas dapat dilihat ialah didalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan. Keadaan ini secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk melibatkan diri dan berkerjasama antara satu sama lain. Pada masa yang sama, mereka juga akan mengeluarkan pendapat masing-masing untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Disini sikap individualistik dapat dikurangkan kerana apa yang akan dititikberatkan ialah penglibatan secara berkumpulan.
4.2 PENEMPATAN PELAJAR
Seperti yang dapat dilihat di kebanyakkan tempat pengajian, penempatan pelajar biasanya ditempatkan berdasarkan satu blok yang sama tetapi bilik-bilik yang berasingan dan aras-aras yang berlainan yang mana hanya terdapat dua atau tiga orang pelajar sahaja di tempatkan disesebuah buah. Dengan ini, mereka akan hanya terdedah untuk bersikap individualistik, dimana mereka tidak akan mengambil kisah mengenai apa yang terjadi pada bilik sebelah. Terdapat juga sesetengah daripada mereka yang tidak mengenali langsung jiran sebelah bilik. Justeru untuk mengelakkan semua ini berlaku, pelajar-pelajar tersebut perlu ditempatkan didalam sebuah rumah yang mana didalam sebuah rumah tersebut terdapat beberapa buah bilik yang lain. Dengan ini akan dapat mewujudkan rasa kekeluargaan dalam diri setiap daripada mereka. Selain itu, apabila berada dibawah satu bumbung yang sama, mereka juga perlu sama-sama bertanggungjawab tentang kebersihan dan keselamatan didalam rumah tersebut, mereka tidak boleh lagi bersikap individualistik dengan hanya tertumpu didalam bilik mereka sahaja. Kesannya mereka akan dapat mangamalkan cara hidup berkumpulan.
4.3 KEM JATI DIRI
Selain itu, untuk menghapuskan sikap individualistik dalam budaya pelajar, Kem Jati Diri juga boleh diwujudkan. Pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan proram ini untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang bersikap individualistik ini bersikap lebih terbuka. Dimana semua pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri. Apabila menyertai program ini, secara tidak langsung merka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Justeru, mereka yang bersikap individulistik ini akan lebih terdorong untuk memberi komitmen didalam kumpulan. Ekoran daripada situasi ini, mereka terpaksa bekerjasama untuk lebih mementingkan nilai-nilai berkumpulan. Mereka juga terpaksa berkongsi idea serta menerima pandangan orang lain untuk mendapatkan kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Jadi, kesannya sikap individualistik ini tidak akan wujud lagi dalam diri seseorang pelajar.
4.4 PROGRAM KAMPUNG ANGKAT
Di sesebuah tempat pengajian tinggi pihak yang terlibat boleh mengadakan program-program bercorak collective seperti program kampung angkat, seterusnya keluarga ini akan dijadikan keluarga angkat. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar-pelajar ini sememangnya tidak mengenali keluarga yang akan menjadi keluarga angkat mereka nanti. Jadi, mereka terpaksa membiasakan diri dengan cara hidup keluarga baru. Ini untuk mempamerkan sifat hormat-menghormati pelajar tersebut kepada keluarga angkat mereka. Tambahan pula, didalam sesebuah keluarga itu terdapat ramai bilangan ahli keluarga. Maka mereka akan mengenepikan sifat individualistik yang ada dalam diri kerana terpaksa hidup secara beramai-ramai.
4.5 DIRI SENDIRI
Faktor lain yang boleh mendorong seseorang untuk berubah ialah bergantung kepada diri kita sendiri. Hanya diri kita yang tahu sejauh mana kemampuan diri sendiri. Diri kita juga yang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan. Jadi sebelum kita mengubah sesuatu, cara terbaik untuk mengelakkan sikap individualistik yang keterlaluan ini ialah kita perlu mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Hal ini kerana, kita akan jadi apa yang kita sendiri fikir dan inginkan. Seterusnya barulah boleh kita mengubah perkara-perkara lain.
5. KESIMPULAN
Individualism merupakan satu istilah yang boleh dilihat dari pelbagai aspek. Seseorang yang mengamalkan budaya individualistik ini boleh dikatakan hanya mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan semangat berkumpulan dan boleh menyebabkan timbul konflik antara individu lain. Tetapi dari aspek lain, individu yang mengamalkan budaya ini akan bertanggungjawab terhadap tidakannya, tidak akan bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu kerja dan tugas yang diamanahkan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat baik dan buruk dalam apa jua perkara, termasuklah budaya individualist ini. Terdapat faktor yang mendorong kepada orientasi ini, seperti untuk menjaga kepentingan peribadi, kurang kepercayaan terhadap orang lain, ibu bapa, persekitaran dan rakan sebaya. Tetapi dalam budaya pelajar ini, mereka telah menyalahgunakan budaya ini sehinggakan orang lain melihat individualism ini sebagai sesuatu yang negatif. Cadangan yang bernas perlulah dibuat supaya dapat menghapus kesan-kesan negatif yang mungkin timbul akibat daripada salah faham terhadap individu yang mengamalkan budaya individualistik ini.
1 comment:
barangkali anda pelajar mass comm?
artikel ini baik
namun sudah menjadi terlalu umum
cuba menulis sesuatu yg jarang didengari
:)
Post a Comment