•Sekiranya anda mengukur kepentingan sesuatu aktiviti dengan jumlah masa yang dihabiskan untuk aktiviti tersebut, mengikut kajian, mendengar merupakan aktiviti komunikasi yang paling penting.
•Kajian yang dijalankan dari tahun 1929 hingga 1980 menunjukkan bahawa mendengar merupakan salah satu medium komunikasi yang paling kerap digunakan, kemudian diikuti dengan bertutur (speaking), membaca(reading), dan menulis (writing).
•Ianya benar bagi pelajar sekolah menengah pelajar kolej dan golongan dewasa yang bekerja dalam bidang tertentu.
•Disebabkan penggunaan internet yang meluas pada hari ini, kajian ini menjadi ketinggalan zaman dan penemuan-penemuan menjadi kurang bernilai.
•Gaya komunikasi anda adalah berbeza daripada mereka yang dibesarkan sebelum berleluasanya penggunaan komputer di rumah.
•Tetapi menurut bukti yang subjektif (anecdotal evidence), walaupun tidak konklusif, juga mencadangkan bahawa mendengar merupakan aktiviti komunikasi yang paling kerap digunakan.
•Menurut kajian, pendengar effektif selalunya muncul sebagai ketua kumpulan, jurujual yang lebih efektif, dan seorang pekerja kesihatan yang lebih prihatin.
•Tahun kebelakangan ini, pendidik perubatan mengatakan bahawa doktor zaman sekarang tidak dilatih untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pesakit mereka.
•Mereka telah memperkenalkan “narrative medicine” untuk mengajar doktor-doktor bagaimana untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pesakit mereka dan bagaimana untuk mengenalpasti persepsi .
•Cara lain untuk menghargai kepentingan mendengar ialah dengan mengambil kira berapa banyak kelebihannya. Antara kelebihan-kelebihan mendengar ialah:
▫Pembelajaran (Learning)
–Mendengar membolehkan anda memperoleh ilmu orang lain, tentang dunia, dan tentang diri anda sendiri. Ia akan dapat mengelakkan diri daripada masalah dan dapat membuat keputusan yang lebih baik.
▫Mengait (Relating)
–Mendengar yang dilakukan dengan prihatin dan sokongan, membolehkan anda diterima oleh or
▫Mempengaruhi (Influencing)
–Mendengar boleh membantu anda mengubah tingkah laku orang lain.
▫Hiburan (Playing)
–Mendengar boleh menjadi sesuatu yang seronok, memberi anda ruang untuk berkongsi pemikiran dan perasaan.
▫Membantu (Helping)
–Mendengar selalunya penting dalam usaha untuk membantu orang lain.
ang ramai. Orang akan lebih menyukai anda apabila melihat keprihatinan anda.
Kursus Motivasi dan Persediaan SPM Zon Selatan 2008
17 years ago
1 comment:
kajian memktikan mendengar itu byk kelebihan
namun jika menurut penelitian saya
org yg lebih suka mndengar, tanpa suka membaca
adalah org yg tidak mampu mentafsirkan satu cerita dgn baik
Post a Comment